Wednesday 31 October 2012

Pendarahan hidung


Entry kali ni sy nk citer psl pndarahan hidung. Baru-baru ni sy sndiri mngalami mslh pndarahan hdung ni. So, sy cari la sedikit sbyk info mengenai pndarahan hidung dan cara menghadapinya. Sblum ni sy pernah jugak 3-4 kali mngalami simpom ni tp dh agak lama xbrulang..ttbe di suatu pagi yg hening, terasa cecair mngalir dr lubang hdung sebelah kiri..ingtkn hingus..huhu..dh sapu2, alangkah trkejut bila tgk darah mengalir dengan byknya..time tu mmg agak panic, trus pi singki n basuh2 smpai die brhenti sendiri..bg sesiapa yg juga mngalami mslh yg sama, jum baca ni…

Pendarahan hidung boleh berlaku kpd sesiapa sahaja tanpa mengira umur atau jantina.

Antara Faktor:

  1. Luka pada lapisan dalam hidung yg mungkin disebabkan kemalangan, terkena kuku tajam, menghembus terlalu kuat.
  2. Perubahan cuaca (cuaca terlalu panas dan kering)
  3. Alahan (resdung, dll)
  4. Selesema, bersin dan batuk
  5. Kesan sampingan penggunaan ubat-ubatan seperti aspirin, warfarin dan ubat antikeradangan bukan steroid (NSAIDs).
  6. Dinding tengah hidung senget
  7. Ketumbuhan di dalam hidung(contoh: polyps,tumor)
  8. Penyakit lain yang berkaitan (contohnya sakit buah pinggang yang yang kronik, trombosaitopenia (bilangan platlet yang rendah) dan penyakit darah contoh hemophilia.

Cara merawat:

  1. Bertenang dan jangan panic
  2. Duduk (jgn baring)
  3. Bernafas melalui mulut
  4. Picit bahagian lembut hidung di bawah tulang hidung dengan ibu jari dan jari telunjuk. Picit sekurang-kurangnya lima hingga 10 minit atau sehingga pendarahan berhenti. Jika hidung masih berdarah terus picit lagi sehingga 10 minit.
  5. Anda juga boleh letakkan pek sejuk atau ketulan ais di atas tulang hidung.

0 comments:

Post a Comment